Diabetes Malaysia - click for home
 
  Diabetes Malaysia   | About Us | Join Us | Contact Us | Home |
Search: 
 
  Home » In The Press » 

What is Diabetes
Complications
Treatment
Living with Diabetes
Healthy Living
Weight Management
In The Press
Upcoming Events
Buyer's Guide
Interactive Corner
Useful Links
Glossary
About PDM
PDM Branches
Promotions
Permanent Activities
Donations
News and Updates
Featured Stories
Newsletter
Children with Diabetes
Questions Answered
Photo Gallery
Resources and Materials
PDM Council
Home
DECS
Diabetes Educators Compliance Support
 
arrow In The Press

Diabetes: Pesakit bawah umur 40 tak ambil berat

09 May 2007
PETALING JAYA 30 April – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek tidak puas hati dengan kawalan diabetes di kalangan pesakit muda yang berumur bawah 40 tahun di Malaysia.

Menurut beliau, mereka tidak mengambil berat soal makanan, ubat-ubatan dan gejala yang dikaitkan dengan penyakit diabetis.

“Dari segi kawalan penyakit diabetes, (sikap) pesakit daripada semua peringkat umur adalah tidak begitu memuaskan,” katanya.

Soi Lek berkata, berdasarkan unjuran, dianggarkan 2.6 juta atau 10 peratus rakyat negara ini menghidap penyakit berbahaya berkenaan dan jika trend peningkatan itu tidak berubah, jumlah tersebut akan meningkat kepada 3.38 juta orang pesakit menjelang 2020.

Sambil menyifatkan statistik tersebut sebagai membimbangkan, beliau berkata, antara punca utama yang menyumbang kepada trend itu ialah amalan gaya hidup serta budaya pemakanan yang tidak sihat.

Selain itu, tegas beliau, sikap tidak menterjemahkan kefahaman mengenai penyakit itu kepada tingkah laku merupakan satu lagi punca peningkatan bilangan penghidap kencing manis.

‘‘Semua orang faham tentang cara mengelak diabetis tetapi berapa ramai yang mahu bersenam selalu dan jaga pemakanan,’’ kata Soi Lek kepada pemberita selepas melancarkan portal komuniti Persatuan Diabetis Malaysia di sini hari ini.

Soi Lek menambah, dari segi kemasukan pesakit diabetis ke hospital, wujud peningkatan yang ketara.

‘‘Pada 1995 seramai 21,872 pesakit dirawat atas pelbagai komplikasi akibat diabetis dan jumlah itu meningkat kepada 41,375 pesakit pada 2005.

‘‘Dalam 10 tahun lalu, bilangan pesakit diabetis telah meningkat sebanyak 100 peratus. Saya tidak mengambil angka pesakit diabetis di hospital swasta tetapi saya yakin trendnya juga sama di hospital swasta,” katanya.

Menurut Soi Lek, Kementerian Kesihatan akan meningkatkan usaha pencegahan, pemantauan dan kawalan bagi mengelakkan peningkatan bilangan penghidap diabetis.

Ini termasuk memperuntukkan RM37 juta kepada Lembaga Promosi Kesihatan untuk melipatgandakan usaha mempromosi dan menjayakan kempen gaya hidup sihat di seluruh negara sepanjang tahun ini.

Sementara itu, Ikram berkata, kajian PDM mendapati 70 peratus daripada penghidap diabetis yang berusia di bawah 40 tahun menghidap diabetis jenis kedua.

‘‘Kebiasaannya diabetis jenis kedua dihidapi oleh pesakit berusia 50 hingga 60 tahun tetapi bilangan orang muda yang menghidap diabetis jenis kedua semakin bertambah.

‘‘Diabetis ini sangat serius kerana ia akan mendedahkan pesakit kepada komplikasi lain dalam tempoh yang lama,’’ katanya.

Artikel ini pertama kali diterbitkan di Utusan Online pada 30 Mac 2007.


  printer Printer-friendly version   printer Send link to a friend

 
   
| | | |
© Copyright Diabetes Malaysia 2007 - 2013    All rights reserved.